+copy+copy.jpg)
Friday, July 10, 2009
Majlis Persandingan Nadirah & Fairuzz
Majlis Persandingan Nadirah & Fairuzz telah dilangsungkan di Dewan Pusat Latihan FRU, Cheras... Terima kasih Anne.
+copy+copy.jpg)
Tuesday, July 7, 2009
Majlis Akad Nikah Nadirah & Fairuzz
Tarikh 23 Januari 2009 adalah hari bersejarah bagi pasangan merpati sejoli Nadirah & Fairuzz... majlis akad nikah dilangsung di rumah pengantin amat meriah... sanak saudara dari kedua-dua belah pihak...
Selepas sembahyang jumaat... rombongan pengantin tiba dan disambut dengan meriah oleh keluarga pengantin perempuan...
Seperti biasa... aku sampai diawal pagi.. kul 9pagi dah terconggong depan pintu umah pengantin perempuan... ni lah kebiasaan aku bila shot majlis perkahwinan... masa kena tepat.. setiap saat kena standby ambik gambar.. kerana tidak mahu terlepas suasana sebelum majlis...
Majlis ni memang meriah.. terima kasih pada pasangan pengantin.. terutama keluarga pengantin perempuan... makan tghari mmg menarik, Ikan Patin Masak Tempoyak... walll weiii...
Takleh lupakan masa majlis ni... satu bilik dipenuhi bunga ros merah... dipahamkan bunga tu disimpan selama 2 hari.. dan air cond bilik di on 24jam...
Thanks to:-
Pasangan pengantin
Keluarga 2-2 belah
Adik beradik penganting perempuan.. korang mmg sempoi..
Jai Wedding Photography
Tel : 019 341 8935
Email : md_reyzal@yahoo.com
My Gallery www.flickr.com/photos/photoxtreme
Sunday, July 5, 2009
Majlis Pernikahan Sherina Hemijah, Petaling Jaya
Sepupu aku Amy (Sherina Hemijah) telah selamat di ijab kabul di Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ... gambar ini dah lama terperap dlm external hardisk aku.... cam aku cakap sebelum ni, masa yang jadi penghalang utk aku buka blog n upload.. tapi gambar2 ni semua ada kat flickr aku www.flickr.com/photos/photoxtreme
Dipersembahkan kepada pembaca untuk tatapan...
Dipersembahkan kepada pembaca untuk tatapan...

019 341 8935 md_reyzal@yahoo.com
Wednesday, June 10, 2009
Majlis Perkahwinan Azizah & Azizool, Pahang.
Terima kasih kepada pasangan ni.. kerana bagi kepercayaan kepada aku untuk menembak tepat pada majlis persandingan mereka ini pada 31 Mei 2008..

Nak tengok gambar2 lain sila ke JAI Wedding Photography
Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam dari KL... jadi seawal jam 5.30 pg aku dah kuar umah menuju ke Jengka, Pahang... jauh perjalanan luas pemandangan.. mmg luas pemandangan aku sepanjang jalan.. sampai ngantuk2...
Tapi perjalanan ini mmg menyeronokkan... sebab aku dpt tgk ladang kelapa sawit dan ladang getah silih berganti.. hehehehehe..
Dihidangkan.. gambar2 yg berjaya aku rosakkan... hehehee

Nak tengok gambar2 lain sila ke JAI Wedding Photography
Tuesday, June 9, 2009
Dunia Photography...
Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Akhirnye.. rajin gak aku nak ujudkan blog yg tak seberapa ni..
Niat dihati mmg lama nak buat dah, tapi masa tu mencemburui aku hahahahaa..
Photography hobi ke atau saje mengatal nak amik gambar org. Amik gambar ni mmg hobi aku sejak zaman sekolah lagi... iye la dulu aku tgk je org amik gambar, sebab kalo nak beli camera (film) mmg sangat2 tak mampu... jadi dari kecik sampai besar panjang ni.. hobi aku ialah tgk gambar..
Syukur alhmadulillah.. rezeki yg dilimpahkan ole Nya.. akhir berjaya jugak aku mendapat sebijik DSLR yg hebat... tapi tak la sehebat D300 ke atas tu. Bagi aku D70s yg aku pakai selama ini.. mmg dah cukup mantap utk aku (ayat nak sedapkan hati je ni..) banyak dah jasa D70s ni, kalo ada anugerah yg bole bagi.. mmg aku bagi dah hehehe...
Daripada hobi... kini aku terjebak dalam dunia Juru Foto Perkahwinan... kalo nak sedap sikit Wedding Photographer.. mukekekeke. Hasil hasutan daripada kawan2 yg mmg dah lama berkecimpung dlm dunia photography, kini aku menjadi Jurufoto Perkahwinan... alhamdulillah
Terima kasih atas nasihat / tunjuk ajar dari kawan2 semua sehingga aku jadi seperti ni sekarang ini. Ini je la dulu.. post yg pertama aku kat dalam blog ni... nanti aku post lagi insyaAllah.. hasil2 yg telah berjaya aku rosak kan.. muakakkakakaa
Tq.

Subscribe to:
Posts (Atom)